Sunday, 16 October 2016

KUIH AKOK , BAHAN , SERTA CARA MEMBUATNYA


Assalamualaikum wbt.. Hai semuaa .. Jom kita berkenalan dengan makanan tempatan dari negeri Kelantan.. ayuhhh ....

KUIH AKOK KEDUT

Kuih akok merupakan kuih tradisi dari negeri Kelantan yang menjadi kegemaran saya. Biasanya kuih akok akan banyak dijual semasa bulan puasa. Tapi selain bulan puasa pon ada je yang dijual.. 
Sekarang jom kita lihat bahan bahan dan cara membuat KUIH AKOK ni..


Bahan-Bahan Membuat Kuih Akok

Bahan-bahannya : 
● 5 biji telur
● 200 ml pati santan

● 100 ml air

● 150 gram gula manisan (gula melaka)

● 30 gram tepung gandum

● 3 helai daun pandan- disiat-siat
● Secubit garam halus


Cara-Caranya Membuat Kuih Akok


1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api. Masukkan daun pandan semasa merebus gula melaka. Masukkan santan. Setelah santan suam, buang daun pandan dan masukkan tepung gandum dan telur,kemudian di blend hingga semua bahan sebati baru ditapis.

2. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Boleh juga guna acuan cupcake atau muffin jika tiada acuan baulu.. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
3. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.
 Bahan dan cara membuat dah ada.. Jadi selamat mencuba ye semua .. hehe.. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment